AMIR HARAP KEKASIH.MP3 LYRICS

Tuai padi yang ku tanam atas bukit
Longlai habis jiwa hamba sakit-sakit
Walau malang nasib hamba
Rasa cinta tidak mati kepada mu
Wahai tuan puteri
Walaupun aku bertepuk sendiri

Habis semua bahasa indah merayu mu
Tak sepatah bahasa yang lembutkan mu
Terpaksalah aku akur
Bersama cinta yang hancur
Mungkin kerna saat dan detik ini
Si putera beraja di hati

Mengapakah kekasihku meyisih
Apakah kau tak nampak ku ini merintih
Mahu apa pada diri ku ini
Sayangku padamu sudah melebihi
Memang ketara nampak genting
Kasih ku hampir di ranting
Terpaksalah walau diriku genting

Tuai padi orang curi kerana aku tiada sakti
Tak bermakna budi-budi yang ku hulur selama ini

Kajang hamba hanyalah mengkuang layu
Masakan kau sudi beradu
Memang jelas kata orang
Kalau sayang pandang-pandang
Kalau benci samalah dengan aku
Memandangku engkau tak mahu

yaristakashi@yahoo.com