SEARCH PAWANA/ PELESIT KOTA LYRICS

Bermula sebuah cerita
Di zaman dulu kala
Mudahnya sederhana kehidupan
Mereka riang sentiasa dan gembira
Tanpa duka
Waktu berpesta pawana pun melanda

Meresap fikiran dan jiwa
Berubahlah semua
Jadi sombong serta alpa
Semua inginkan kuasa
Rebut dengan sengketa
Yang lemah jadi hamba

Berpecah antara mereka
Musnah di hembus pawana
Begitulah kisah hidup
Dari zaman ke zaman
Pawana menghembus akan hati insan

Cinta musnah dihembus pawana
Keinginan menghancur manusia


.....................................
Pelesit Kota

Debu debu melayang
Keras menyambar malam
Di celah celah kota
Di bawah cekrawala

Berterbangan pelesit kota
Berterbangan unggas gila

Ketika bulan gersang
Bumi berkelontangan
Mencabar kehidupan
Tabiat menjadi gila

Terkumpullah segalanya
Menjadikan pelesit kota

Bersembunyi di mana
Mungkin di celah celah
Dedaunan dan debunga
Atau berada di saku manusia