NOR FAZRAH AKU MENGIGAU KESIANGAN LYRICS

Sengaja kau persendakan hati
Di persimpangan kisah cinta ini
Hatiku telah kau perah
Tinggal kerangka yang parah
Kini aku mengigau kesiangan

Kau selalu menjajakan janji
Dan akulah yang sering membeli
Memang aku tidak pernah
Menguji mutu cintamu
Kini aku mengigau kesiangan

KORUS1

Dulu suaramu mesra
Dulu selembut sutera
Dulu kasihmu seindah dunia
Kini suara mengusir
Kini sekesat pasir
Kini kasihmu semakin berakhir

Kau ambillah kasihmu yang dulu
Kau carilah yang lebih dariku
Kau serahkanlah hatimu
Mungkin digadai jiwamu
Kau pula yang mengigau kesiangan

KORUS 2

Entah mengapa sayang
Engkau tak pernah peka
Entah mengapa sayang - Tega
Namun begitu sayang
Aku cinta padamumu
Namun begitu sayang - Rindu

Lagu: Azimah (Guntur Records Sdn. Bhd)
Lirik: Azimah (Guntur Records Sdn. Bhd)
Penyanyi: Nor Fazrah